Belakang (dari kiri) . Syazwan Sabri, Aishah Hanis, Nurul Alia, Afiq Sherman, Azzat Eidin, Seth Mohd Farid, Diana Ruslan, Afiq Hasnulhadi, Amer Firdaus, Syafiq Ikmal, , Aminul Fathi, Danial Saiful, Hazim Mahfuz Depan(dari kiri); Marsya Damia, Puteri Liyana, Aishah, Ainaa Adibah, Aqalily Sofiena, Nurin Athira, Fatihah Khairur

PARA pelajar di Swansea University dan University of Wales Trinity St Davids, Swansea, Wales, United Kingdom mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin’ kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Bagi mereka, pengalaman menyambut Hari Raya tahun ini sangat istimewa terutama sekali apabila menunaikan ibadat puasa dalam keadaan yang mencabar kerana jangka masa siang lebih panjang semasa musim bunga.

“Kami dan lain-lain umat Islam di Wales berpuasa hampir 17 jam setiap hari. Perayaan tahun ini di sambut pada suhu antara 10-13°C, yang mungkin sahabat dari Cameron Highlands sahaja sudah terbiasa,” kata mereka dalam kenyataan yang dihantar kepada UtusanTV.

Mereka bagaimanapun sangat bersyukur kerana dikelilingi dengan penduduk tempatan dan para pelajar yang sangat baik dan ada yang pandai masak masakan Melayu.

“Terubat sedikit rindu kpd kampung. Keberadaan keluarga kecil di Swansea ini meninggalkan memori kekal kepada diri dan saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman ini oleh pihak MARA,” kata salah seorang pelajar Syazwan Sabri. – UtusanTV

  • Pelajar luar negara yang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan rakan di Malaysia boleh menghantar emel kepada: [email protected]