BULAN Mei ini pasti menjadi bulan yang sibuk buat semua penggemar K-Drama. April yang lalu terdapat pelbagai drama menarik yang dipertontonkan sebagai contoh ‘Our Blues’, ‘Tomorrow’, ‘Again My Life’ dan banyak lagi. Jom! URTV kongsikan lima K-Drama yang wajib anda tonton sepanjang bulan Mei ini.

Bloody Heart (2 Mei)

Sebuah drama fiksyen sejarah korea menceritakan tentang seorang raja yang bercita-cita tinggi tetapi sombong dan tidak bertolak ansur. Drama yang dibintangi oleh Lee Joon, Kang Ha Na dan Jang Hyuk itu akan berlangsung selama 16 episod. Bagi mereka yang suka plot yang penuh dengan pemberontakan dan ketamakan,drama ini khas untuk anda. Ia akan ditayangkan pada 2 Mei 2022 di saluran KBS2 pada hari Isnin dan Selasa.

The Sound of Magic (6 Mei)

Kali ini Oppa Ji Chang Wook anda semua memegang watak sebagai ahli silap mata pula. Drama yang diadaptasi daripada webtoon ‘Annarasumanara’ itu turut akan dibintangi oleh Choi Sung Eun dan Hwang In Yeop. Sebuah drama menceritakan seorang remaja perempuan bijak yang menyara adik beradik tanpa bantuan ibu bapa mereka dan ingin cepat membesar. Segalanya berubah setelah remaja ini bertemu dengan ahli silap mata misteri yang membuat persembahan hanya kepada mereka yang percaya magik. Drama yang hanya ditayangkan 6 episod itu akan keluar di aplikasi Netflix.

Woori The Virgin (9 Mei)

Siri drama ini adalah adaptasi daripada siri Amerika ‘Jane The Virgin’ yang disiarkan pada tahun 2014. Sedikit sinopsis drama ini menampilkan watak seorang Wanita yang bekerja sebagai pembantu penulis dalam sebuah siri drama yang terkenal. Dia berniat untuk tidak disentuh sehingga berkahwin dan keputusan itu turut dihormati oleh teman lelakinya. Semasa dia ke pusat rawatan OB-GYN untuk mendapatkan pemeriksaan perkara tidak diduga telah berlaku yang menyebabkan dia mengandung secara tidak sengaja! Drama 14 episod yang dibintangi oleh Im Soo Hyang, Sung Hoon, Shin Dong Wook, Hong Eun Hee dan Hong Ji Yoon itu akan ditayangkan di saluran SBS dan aplikasi Viu.

Eve (25 Mei)

Dengan pengembaraan dan dendam yang melimpah ruah, ‘Eve’ ialah drama balas dDrama endam yang membawa kita ke dalam tuntutan mahkamah perceraian bernilai 2 trilion won. Dibintangi pelakon Wanita yang terkenal dengan pembawaan watak sinis Seo Ye Ji akan merancakkan lagi plot penceritaan ini. Disamping itu drama ini juga akan turut dibintangi oleh Lee Sang Yeob, Park Byung Eun dan Yoo Sun. Drama ini akan disiarkan di saluran tvN dan TVING dengan jumlah 16 episod bermula 25 Mei ini.

Doctor Lawyer (27 Mei)

Drama ini mengisahkan seorang pakar bedah elit dengan status pelajar cemerlang di sebuah sekolah perubatan terbaik di Korea Selatan yang mempunyai dua kedoktoran iaitu dalam bidang pembedahan am dan pembedahan kardiotoraks. Dalam satu pembedahan dia telah menyebabkan kematian seorang pesakit dan lesen perubatannya dilucutkan. Selepas 4 tahun dia bekerja sebagai peguam untuk mencari sebab bagaimana kegagalan dalam pembedahannya yang lepas boleh berlaku. Lakonan So Ji Sub dan Im Soo Hyang ini akan ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu di saluran MBC dengan umlah 16 episod.