TIMBALAN Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara (Amanah), Adnan Saad dilaporkan meninggal dunia ketika beratur bagi menunaikan zakat fitrah, malam tadi. 

Perkara tersebut disahkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebook, malam tadi. 

Menurut Mohamad, Adnan merupakan sahabat lama sejak era kepemudaan 30 tahun lalu. 

Beliau berkata telah bertemu Adnan kali terakhir di himpunan menyokong pembebasan Al-Quds, Jumaat lalu. 

“Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun. Menerima khabar duka pemergian Adnan. Beliau pergi di bulan mulia dan di tempat yang mulia ketika beratur untuk membayar zakat fitrah di Masjid Zahir, Alor Setar. 

Baca artikel berkaitan: Tengku Ahmad Rithaudeen meninggal dunia

“Semoga dikurniakan setinggi keampunan buat almarhum dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya dalam hantaran tersebut. 

Sementara itu, memetik laporan Kosmo Online, Adnan, 54, difahamkan rebah ketika menunggu giliran membayar zakat fitrah setelah selesai solat isyak. 

Setiausaha Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris dilaporkan berkata, keluarga Allahyarham yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah memaklumkan bahawa Adnan sebelum ini menghidap darah tinggi dan sakit jantung. 

“Pemergiannya mungkin ada kena mengena dengan penyakit dihidapi,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram