Sayur lodeh adalah antara menu wajib ada di pagi raya Aidilfitri. Dinikmati bersama nasi impit, juadah yang popular ini sangat sedap dan menyelerakan. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Suwarsi M.Arukin ini.

BAHAN-BAHAN
1 liter susu rendah lemak
2 keping tauhu | potong dadu
3 keping tempe | potong dadu
2 biji ubi kentang organik | potong dadu
10 ekor udang sederhana | bersihkan
2 tangkai cili merah | hiris nipis
3 cm lengkuas | titik
1 helai daun salam
50 gm suhun | rendam dan toskan
50 gm tauhu kering | rendam dan toskan
Garam dan sedikit serbuk kunyit

BAHAN KISAR
50 gm udang kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN
1.Di dalam periuk, panaskan sesudu minyak sayur, tumis bahan-bahan kisar dan lengkuas hingga naik bau.
2.Masukkan udang, tauhu, ubi kentang, tempe, tauhu kering dan cili merah.
3.Masukkan pula susu rendah lemak, sedikit serbuk kunyit dan daun salam. Didihkan dengan api yang kecil.
4.Sesuaikan rasa dengan menambah garam secukup rasa.

Resipi : Suwarsi M.Arukin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram