Menu gulai daging kawah ini selalunya dihidangkan pada majlis kenduri kahwin. Memang cukup enak dan sesuai dimakan bersama acar dan sambal belacan.

Nak sediakannya cukup mudah, ikut sahaja resipi yang dikongsikan Muliadi Ramli.

Resipi Gulai Daging Kawah Terengganu

1. Bahan :

– 1.75kg Daging pejal

– 250 gram Hati lembu

2. Bahan tumis :

– 2 labu Bawang besar ( dimayang)

– Rempah 4 skwan

– 5 sb Cili boh

– 1 senduk Minyak masak

– 2 helai Daun pandan

3. Bahan kisar halus :

– 12 ulas Bawang merah

– 6 ulas Bawang putih

– 2 inci Halia

– 2 inci Lengkuas

– 1 inci Kunyit

4. Bahan lain :

– 4 sb Rempah gulai kawah

– 2 sb Rempah gulai cap rose

– 1/2 sb Rempah masak

– Air asam jawa

– 4 keping Asam keping

– 1/2 keping Nisang

– Garam, gula, perasa

– 3 biji Kentang (potong ikut suka)

– 2 biji kelapa Santan

– 3 sb Kerisik

Cara :

1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.

2. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. Kacau rata. Apabila naik bau, masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan bahan kisar halus dan tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan rempah cap rose dan tumis lagi sampai pecah minyak.

4. Kemudian masukkan daging dan gaul rata. Tutup periuk dalam 25 minit. Biarkan air daging keluar dan tunggu sehingga mendidih.

5. Masukkan asam keping, air asam jawa dan nisang.

6. Tengok daging, kalau daging separuh masak, boleh masukkan santan. Kacau rata. Hati-hati jangan sampai bawah berkerak. Kacau lagi.

7. Boleh masukkan kentang dan kerisik. Masukkan garam, gula dan perasa.

8. Jika daging sudah empuk, boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Sumber : Muliadi Ramli