SEORANG penunggang motosikal maut selepas dilanggar Proton Gen2 dalam satu kejadian di Kilometer 15.6 Lebuhraya Baru Lembang Klang (NKVE) pukul 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 51 tahun yang menunggang Honda Wave maut di tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa warga tempatan mengubah haluan dari lorong ketiga ke lorong kedua.
“Kereta yang berada di lorong kedua gagal mengelak dan melanggar mangsa dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki Pakistan ditemui lemas selepas mandi di Empangan Semenyih
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.
Sehubungan itu, Mohamad Fakhrudin meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram