Puding laici himalaya ini nampak sedap dan menyelerakan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
1 peket (37.5 gm) agar-agar kering
2 cawan gula pasir
1 cawan air laici
1 tin buah laici | hiris kasar
1 tin susu cair
5 biji telur ayam
2 sudu besar mentega
2 sudu teh esen vanila
5 gelas air
7 biji ceri merah | hiris
7 biji ceri hijau | hiris
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN
1.Masakkan agar-agar dengan 5 gelas air sehingga hancur. Masukkan gula. Biarkan mendidih sehingga gula hancur. Tutup api.
2.Pukul telur dengan mentega sehingga kembang sedikit. Masukkan air laici, susu cair dan esen vanila ke dalam adunan telur.
3.Tapiskan agar-agar dan jerangkan semula. Masukkan semua adunan telur dan garam.
4.Biarkan mendidih sebentar . Tuangkan ke dalam acuan.
5.Apabila hampir beku, masukkan buah laici hiris, ceri merah dan ceri hijau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram