Sebanyak 4.5 juta kenderaan dijangka berada di lebuh raya sehingga Ahad ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula hari ini susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai esok.

 “Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah kenderaan tersebut dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Baca artikel berkaitan: Trafik sesak 12 km menuju Jelebu, lebuh raya ke selatan perlahan

Pada 6 April lepas, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dilapor berkata sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri dan pihaknya mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.

Sementara itu, Bakri berkata susulan jangkaan itu, JSPT telah membuat persiapan menerusi Op Lancar atau penyuraian aliran trafik bagi tujuan melancarkan pergerakan kenderaan.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram