Asyik ulang menu yang sama setiap hari? pasti rasa jemu. apa kata cuba resipi mi rebus yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
3 bungkus mi kuning
Tauge, tauhu, telur rebus, limau kasturi, cili hijau dan daun sup.

BAHAN KUAH
1/2 kg daging tulang
300 gm daging
300 gm udang basah | kisar
250 gm keledek | rebus dan kisar
1 tin kecil jus tomato/tomato puri
2 batang serai | ketuk
1/2 cawan gula
Garam
1 cawan minyak

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
50 gm taucu
50 gm rempah kari daging

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
2.Masukkan serai, tulang daging dan daging. Tuangkan dua jag air. Renehkan sehingga daging empuk. Tidak perlu risau jika daging akan terlebih empuk, kerana ia akan memberikan rasa keenakan yang lebih kepada kuah.
3.Setelah itu masukkan jus tomato dan udang basah. Selepas itu baru masukkan keledek. Masak hingga pekat dan rasakan garam dan gulanya.
4.Hidang kuah bersama mi kuning, tauge, tauhu, telur rebus, limau kasturi, cili hijau dan daun sup

Resipi: Asiah Food & Beverage, Taman Prima Saujana Kajang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram