Pemuda ditahan kerana berlumba di Jalan Pantai Teluk Bidara, semalam.

SEORANG pemuda berusia 20 tahun ditahan selepas berlumba di Jalan Pantai Teluk Bidara dekat Seberang Pintasan Dungun, petang semalam.


Malah, hasil pemeriksaan awal ke atas motosikal terbabit mendapati tiada nombor pendaftaran, nombor casis dan nombor enjin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dibuat ketika Skuad 42 Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu sedang menjalankan pemantauan dan risikan kira-kira jam 4 petang.

Baca artikel berkaitan: Lelaki ditahan miliki heroin seberat 0.42 gram dekat Dungun

Katanya, sekumpulan motosikal telah memasuki kawasan motosikal operasi sambil berlumba sesama sendiri dengan jarak kira-kira 150 meter.

“Seorang suspek yang menunggang Yamaha Y125 ZR berwarna hitam telah ditahan ketika memberhentikan motosikal dalam keadaan selamat pada pukul 6.48 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Suspek telah ditahan dan motosikal disyaki hasil curian telah disita mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya.

Baharudin berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram