Gambar hiasan.

BERANG selepas dituduh isteri mempunyai hubungan sulit, seorang mekanik membelasah isterinya sehingga mati di sebuah flat dekat Batu 9, Cheras, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berang selepas isterinya bertindak memuat naik satu hantaran di laman sosial mengenai hubungan sulit itu.

Kata Mohd Zaid kejadian itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang mengenai kecederaan dialami mangsa berusia 28 tahun itu pada pukul 9.16 pagi Ahad.

Baca artikel berkaitan: 6 cedera Kancil dipandu warga emas rempuh restoran

Katanya, mangsa telah dihantar oleh suami dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan terhadap anggota badan luaran mangsa mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan kematian adalah mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, proses bedah siasat dijalankan pada pukul 11 pagi dan mendapati punca kematian adalah kecederaan di bahagian abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

“Mangsa dipercayai telah di pukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian pada sehari sebelum Aidilfitri,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis telah menahan suspek berusia 38 tahun pada hari yang sama bagi siasatan lanjut dan kes di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaid berkata, siasatan telah menemukan bukti dan keterangan yang jelas bahawa suspek terlibat dalam membunuh mangsa.

“Kes telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dan suspek akan dituduh pada Isnin depan di Mahkamah Majistret Kajang,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram