Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) GAMBAR: Abd Razak Aid

KOMITMEN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan penjawat awam adalah amat perlu dan dialu-alukan, kata Malaysia Corruption Watch (MCW).

MCW dalam satu kenyataan menyatakan SPRM juga semestinya tidak ‘pilih bulu’ dalam tindakan menyiasat, mendakwa dan membuat tangkapan terhadap ahli politik yang bertaraf menteri, timbalan menteri dan pegawai mereka di setiap kementerian yang terlibat dengan kes rasuah.

“SPRM perlu mempercepatkan proses siasatan bagi mengelak persepsi negatif masyarakat awam.

Perhebatkan teknik dan kaedah penyiasatan bagi memastikan perasuah tidak dapat memanipulasi dan menghapuskan bahan bukti,” katanya.

MCW berkata, memperbaharui teknik dan kaedah penyiasatan yang terkini sekali gus akan dapat meningkatkan kualiti serta kuantiti penyiasatan kes rasuah.

“MCW dan seluruh rakyat Malaysia komited untuk menyokong SPRM dalam usaha memerangi dan membanteras rasuah dalam negara,” tambah pertubuhan tersebut. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram