Sedapnya air laici asam boi ni. Rasanya sedap dan menyegarkan serta dapat membantu menghilangkan dahaga. Sesuai disajikan kepada tetamu. Jom cuba!

BAHAN
1 tin laici
10 biji asam boi
½ cawan air panas
Air secukupnya
Ketulan ais
Sedikit daun pudina
Gula – jika perlu

CARA
1.Rendam asam boi dalam air panas hingga kembang.
2.Masukkan buah laici bersama jus ke dalam jag. Tuang asam boi dan tambah air dan ketulan ais.
3.Jika suka lebih manis, tambah sedikit gula mengikut cita rasa. (Asam boi dan laici telah sedia manis). Letakkan daun pudina.

Resipi : Malina, Pulau Pinang

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram