Rendang adalah juadah enak menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja dinikmati semasa musim perayaan, malah juadah ini dinikmati setiap hari tidak kira masa. Kali ini Saji kongsikan resipi rendang daging pucuk ubi yang sedap dan dimudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
400 gm pucuk ubi (celur)
500 gm daging (potong tebal)
1 kg santan
Daun kunyit dan serai
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR:
20 gm cili kering
20 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
4 biji buah keras

CARA MENYEDIAKANNYA:
1.Campurkan bahan kisar dengan santan dan daun kunyit. Masak sehingga pekat.
2.Kemudian masukkan daging. Setelah naik minyak dan pekat, masukkan pula pucuk ubi, garam dan gula secukup rasa.
3.Rendang hingga kering. Angkat dan sedia dinikmati


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram