Antara yang ditahan sepanjang Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal dijalankan. GAMBAR: POLIS.

SEBANYAK 1,250 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur sepanjang Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal dijalankan di sekitar ibu kota bermula Jumaat lalu.

Kesemua saman itu dikeluarkan dalam operasi yang dijalan dekat Jalan Genting Klang, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) sehingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya berjaya menahan 8 lelaki berusia 23 hingga 47 tahun kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek di bawa ke balai untuk dituduh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga memberkas dua lelaki warga tempatan berusia 15 dan 26 tahun di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

Baca artikel berkaitan: Pemotong rumput maut dirempuh MPV dipandu remaja 16 tahun

Seorang remaja berusia 18 tahun turut ditahan kerana disyaki menunggang motosikal curi dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya telah menangkap seorang lelaki berusia 45 tahun kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 1.22 gram dekat Jalan Loke Yew, hari ini.

“Suspek telah di bawa ke Ibu Pejabat Daerah Cheras dan dituduh di bawah Seksyen 12(2)(e) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah,” katanya.

Sarifudin berkata, sebanyak 22 buah motosikal dan tiga buah kereta turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai struktur kenderaan dan ekzos.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram