Ayam masak merah ini sangat sesuai untuk dijadikan menu utama sempena Aidilfitri. Memang sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
1 ekor ayam – potong 10
Sedikit serbuk kunyit
Garam

BAHAN A
1 liter minyak masak
10 gm kulit kayu manis
2 gm bunga lawang
2 gm buah pegaga

BAHAN B
5 batang serai
250 gm bawang merah
120 gm bawang putih
100 gm halia

BAHAN C
150 gm cili kisar
500 gm sos tomato
50 gm sos cili
20 gm cili merah
20 gm cili hijau
20 gm tomato
100 gm stok ayam

CARA
1.Ayam yang telah dibersihkan, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga wangi dan naik bau.
3.Masukkan bahan B, tumis lagi sehingga garing.
4.Kemudian, masukkan bahan C dan masak selama 5 minit.
5.Masukkan ayam dan gaul rata. Sebatikan rasa garam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram