BEBERAPA hari  lalu, Sis bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang selama 4 hari selepas puas beraya dengan  atuk di Sungai Petani.

Kami banyak meluangkan masa di tepi pantai sebab kami duduk di pangsapuri By The Sea di Batu Ferringhi dan seperti namanya , tempat tu memang tepi laut.

Rasa seronok sebab ramai juga keluarga yang mengambil angin seperti kami.

Pelancong tempatan dan asing juga bermandi manda, berjemur di bawah matahari tetapi satu benda yang tidak seronok pasal pusat peranginan ini adalah kekurangan sivik yang menjadi masalah bukannya kepada diri kita tetapi kepada alam sekitar.

Bosan kalau Sis nak ungkit pasal ekosistem dan penjagaan alam sekitar ini. Sis ni pencinta binatang dan alam sekitar jadi untuk Sis isu ini tak bosan dan BESAR.

Isu ni memang dah penat nak bangkitkan tetapi untuk Sis benda ini bukannya susah nak selesaikan pun.

Penjagaan alam sekitar ini memang 100% bergantung kepada diri kita sendiri dan “common sense”.

Sis bukannya pakar tentang alam sekitar tetapi Sis tahu apa yang kita boleh buat untuk sekurang-kurangnya JAGA pantai-pantai kita di Malaysia ni.

Takkan lah dah buat makan-makan kat pantai, tak reti nak buang balik sampah dari makanan korang tu?

Sis tengok ada beberapa pemuda ini yang berkelah kat tepi air pagi tadi, dorang pun reti nak kumpul balik sampah-sampah dorang. Jadi kalau pemuda-pemuda ni boleh buat, kenapa orang lain tak buat?

Sebab orang lain takda sivik dan orang lain pemalas. Ingat angin tiup hilang terus ke sampah tu?

Sis bukannya nak acah-acah bertanggungjawab ke apa ke, tidak. Tetapi untuk Sis, kalau dah datang pantai ke, camping kat hutan ke, tolong lah fikir yang tempat-tempat tu semua rumah kepada sebesar-besar binatang dan sekecil-kecil spesis di dunia ini.

Sis tengok banyak kedai-kedai makan kat tepi pantai. Bagus untuk dorang mencari rezeki, tetapi adakah rezeki tu berkat kalau kita kotorkan persekitaran dan menganiaya kehidupan yang lain?

Plastik, tin air terbang, plastik makanan merata-merata.

Sis rasa semua majlis perbandaran kena ketatkan penguatkuasaan kepada peniaga-peniaga dan orang yang datang ke pantai.

Masalah kita semua adalah kita tengok hutan, laut semua sebagai tempat lawatan, tempat pelancongan.

“Tempat pelancongan” yang kita semua pergi bercuti ini adalah rumah, sebuah ekosistem yang merangkumi banyak kehidupan dan kehidupan tu semua SANGAT penting untuk keseimbangan planet kita ini.

Korang bayangkan sebab kita ni tak reti nak jaga alam sekitar, ibu-ibu anjing laut kat Antartika tu kena tinggalkan anak dia kena makan dengan beruang sebab dorang tak boleh nak buat tempat perlindungan.

Trauma Sis tengok dokumentari tu.

Mungkin sedikit dramatik nak kata trauma tetapi isu alam sekitar ni lebih dramatik dari yang kita sangkakan.

Ye Sis faham tak ramai yang ada masa nak fikir pasal masalah planet ini sebab masalah kita diri kita sendiri pun tak settle tapi cuba korang fikir. Kita makin hari, macam makin murung dalam jiwa kita, dan makin lama kita tak jaga diri kita. Kita hilang naluri yang diri kita ini sebenarnya manusia yang macam mana.

Planet kita pun macam tu juga. Setiap hari makin lemah, paras air makin naik, kehijauan hutan pun makin lesap. Sebab apa? Sebab tak jaga.

Lama-lama, hilang juga.

  • Penulis ada graduam UiTM