Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Abd Razak Aid


BILANGAN kes baharu COVID-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-18 yang bermula dari 1 hingga 7 Mei, menurun sebanyak 58.3 peratus iaitu kepada 8,732 kes berbanding 20,937 kes pada minggu sebelumnya. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menyaksikan jumlah kes tempatan menurun sebanyak 58.3 peratus atau 20,876 kes kepada 8,703 kes dan kes import berkurang 52.5 peratus atau 61 kes kepada 29 kes.

Beliau berkata, angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,456,736 kes dengan 23,276 kes aktif.

“Bilangan kes sembuh pada ME ke-18 menurun sebanyak 45.1 peratus atau 56,352 kes kepada 30,930 kes, berbanding ME ke-17 dan kumulatif individu pulih ialah 4,397,881.

“Kes kematian pada ME ke-18 menurun sebanyak 42.9 peratus (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME ke-17 dan menjadikan kumulatif kematian kini 35,579,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Selepas 58 hari, kes COVID-19 kembali turun lingkungan 10,000

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun 27 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

“Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

“Secara keseluruhan, peratusan penggunaan katil COVID-19 bukan kritikal turun 21 peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 20 peratus dan katil PKRC pula menurun 100 peratus,” katanya.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram