Sedapnya puding roti laici ni. Bagi penggemar puding, resipi ini wajib anda cuba. Cara penyediannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN A:
500 ml susu segar
100 gm gula kastor
8 biji telur gred B
1 sudu kecil perasa vanilla

BAHAN B:
12 keping roti sandwich –
dipotong kiub kecil
1 tin buah laici – dipotong
kecil ( ambil airnya sekali )
100 gm mentega –
dipotong kecil
100 gm kismis

Hiasan : Ceri merah dan sos vanilla

CARA MENYEDIAKAN:
1.Campurkan bahan – bahan A sehingga sebati.
2.Tuangkan adunan A ke dalam bahagian B.
3.Rendamkan selama 15 minit supaya roti lembut.
4.Masukkan ke dalam acuan dan bakarmenggunakan kaedah ‘steambath’ selama 25 minit hingga 30 minit.
5.Apabila masak, hiaskan dengan ceri dan sos vanilla.

SOS VANILLA

BAHAN A:
250 ml susu segar
50 gm gula kaster
1/8 sudu kecil perasa vanila

BAHAN B:
20 gm tepung kastad – (dicairkan)
dengan sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan bahan A sehingga mendidih.
2.Apabila mendidih masukkan tepung kastad dan tutup api.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram