rendang ayam minang

Sedapnya rendang ayam minang ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong 12)
4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA:
1.Masukkan bahan kisar bersama ayam dan kerisik ke dalam kuali.
2.Kacau rata agar semua bahan sebati dan masak dengan api yang sederhana hingga air ayam kering.
3.Kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit. Kacau sekali-sekala.
4.Setelah kuah pekat masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
5.Kacau lagi hingga kuah kering.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram