DEKAN Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini.
Menurut KPT, Ruzairi, 55, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kawalan Kejuruteraan dan Sistem Elektronik dari Sheffield City Polytechnic, United Kingdom (UK).
Ruzairi kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang Electronic Instrumentation Engineering dari The Sheffield Hallam University, UK.
Baca artikel berkaitan: Haim Hilman Naib Canselor baharu UUM
KPT memaklumkan, Ruzairi juga pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM selama tiga tahun dari 2016 hingga 2019.
“Beliau dilihat mampu menerajui UTHM sebagai salah sebuah universiti awam dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) berdasarkan pengalaman pentadbiran yang luas dan reputasi akademik yang dihormati.
“KPT yakin dengan pengalaman luas yang ada pada Ruzairi mampu melonjakkan UTHM sebagai Universiti Technopreneur Global menjelang tahun 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly atas jasa bakti sebagai Naib Canselor universiti tersebut sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram