Tangkap layar rakaman kebakaran dua buah kenderaan di Jalan Genting Highlands, semalam.

SEBUAH Hyundai Elantra terbakar pada bahagian enjin sebelum mengundur dengan sendiri dan melanggar Toyota Vellfire dalam satu kejadian di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Katanya, pemandu Hyundai Elantra sedang dalam perjalanan naik ke Genting Highlands dari arah Kuala Lumpur sebelum secara tiba-tiba api keluar pada bahagian enjin dan seterusnya merebak bahagian lain.

“Pemandu telah memberhentikan dan meninggalkan kereta di atas jalan sebelum bertindak menyelamatkan diri dan meminta bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Remaja 16 tahun hilang selepas solat subuh di masjid

Zaiham berkata, kes kini di siasat mengikut Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59),” ujarnya.

Sehubungan itu, saksi kejadian di minta tampil mebantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram