SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur, pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, susulan itu, polis menahan lelaki berusia 36 tahun itu kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut dan direman selama empat hari.
“Individu tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Baca artikel berkaitan: Polis siasat video tular anggota trafik kasari lelaki
Noor Dellhan berkata pihaknya memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang, dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

