Nasi minyak hujan panas ini cukup sesuai dijadikan hidangan untuk hari istimewa bersama keluarga. Digandingkan pula dengan ayam masak merah, gulai daging, acar nanas dan sambal cili, memang terbaik.
Resipi Nasi Minyak Hujan Panas
Bahan :
Beras Basmathi (Jasmin Basmathi parboil) 7 cawan. Direndam 30 ke 40 minit dan kemudian ditoskan air.
Bahan tumisan :
Rempah 4 sekawan
1 labu Bawang besar – dimayang
2 batang Serai – diketuk
4 helai Daun pandan – disimpul
3 sb Minyak masak
3 sb Minyak sapi
Bahan lain :
Kismis atau biji gajus
1/2 tin Susu cair
3 sb Sos tomato
Garam
Daun ketumbar (pilihan)
Pewarna
– kuning
– merah
– hijau
1 Kiub ayam
Cara :
- Panaskan periuk elektrik dan masukkan minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik bau.
- Kemudian masukkan semua bahan tumis dan tumis sampai wangi. Gaul rata.
- Masukkan air. Sukatan air sama dengan sukatan beras (sebabnya kita masukkan bahan cair yang lain seperti susu).
- Masukkan susu cair, sos tomato, garam, kiub ayam, kismis dan daun ketumbar. Kacau dan tunggu sehingga air mendidih. Rasa untuk pastikan cukup masin dan lemaknya.
- Apabila air sudah mendidih, masukkan beras. Paras air lebih sedikit sahaja. (Ini untuk beras Jasmine Parboil).
- Apabila nasi hampir kering, buatlah beberapa lubang pada nasi (gunakan chopstick) dan masukkan pewarna tadi.
- Apabila nasi sudah masak, balik-balikkan nasi dengan cermat. Tutup periuk dan biarkan nasi betul-betul kering dalam 20 minit lagi. Siap untuk nasi minyak hujan panas.


Sumber : Muliadi Ramli