RAMAI pelancong China yang datang ke Malaysia dikesan tidak keluar dari negara ini. - Gambar hiasan

AIRASIA dilaporkan akan memberi maklum balas lengkap terhadap isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan yang diketengahkan pengguna dalam tempoh 24 jam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi ciapan dalam Twitter, hari ini.

ALEXANDER NANTA LINGGI

Menurut Alexander, pihaknya membuat penelitian awal dari segi kepentingan pengguna mengikut kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan terus menghubungi pengurusan AirAsia bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Beliau berkata, ia selepas KPDNHEP mengumpulkan keluhan, rungutan dan aduan pengguna mengenai isu kelewatan penerbangan melibatkan AirAsia.

“Tiada ‘sembang kari’, cakap tak serupa bikin, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu ini.

“Kepentingan pengguna adalah amanah saya sebagai menteri,” katanya dalam ciapan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Penjadualan semula AirAsia, pengguna berhak tuntut pampasan

Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan, usaha merungkai masalah ini perlu dibuat secara teratur bagi memastikan penyelesaian menyeluruh berupaya dirangka dan dilaksanakan.

Kata beliau, antara isu yang diketengahkan menerusi libat urus bersama AirAsia adalah penangguhan jadual penerbangan dan semakan semula jadual penerbangan sehingga menjangkau lebih enam jam.

Turut dibangkitkan, jelas beliau adalah kelayakan pengguna mendapatkan pampasan sekiranya mengalami kelewatan penerbangan.

“Bagi memudahkan pengguna, saya meminta AirAsia untuk menyediakan carta aliran mengenai proses memfailkan aduan rasmi bagi mendapatkan pampasan.

“Meskipun perihal mengenai industri penerbangan banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan tetapi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, saya akan campur tangan sekiranya hak pengguna terkait sama.

“Rentetan itu, saya mendesak supaya Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk lebih proaktif serta tampil mencari penyelesaian terbaik berhubung isu ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram