Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini awal pagi Selasa untuk menghadiri beberapa acara di ibu kota ini. - Gambar Bernama

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob tiba London awal pagi Selasa untuk menghadiri beberapa acara di ibu kota ini.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Luton pada 2 pagi (9 pagi waktu Malaysia) disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Zakri Jaafar.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Zahid Rastam serta ketua-ketua jabatan dan agensi Malaysia yang berpejabat di London menyambut ketibaan Ismail Sabri di hotel penginapannya.

Perdana Menteri, yang dalam perjalanan ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat, dijadual melawat Pameran Tenun Pahang: Menyulam Harapan yang diadakan sempena London Craft Week di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, di sini. 

Beliau turut dijadual menghadap Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berada di London bagi pameran yang julung kali diadakan itu.

Baca artikel berkaitan: Biarlah Ismail Sabri tentu bila PRU-15…

Pameran Tenun Pahang Diraja bermula semalam diadakan selama seminggu sehingga Ahad (15 Mei) antara lain memperagakan tenunan dari penjara, yang menampilkan tenunan tradisional lengkap dengan penenun bertugas, fabrik arkib dari Muzium Pahang dan pilihan pakaian Tunku Azizah sendiri, selain koleksi Tenun peribadi.

Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia dengan rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom.

Ismail Sabri dijadual berlepas ke Washington DC pada 5 petang Selasa (12 tengah malam waktu Malaysia).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram