Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan keyakinan kontinjen negara mampu mencapai sasaran 36 pingat emas yang ditetapkan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam ketika ini.

Dalam ciapan di Twitter, Perdana Menteri turut menyifatkan kejayaan atlet-atlet terjun negara memperoleh pingat emas dalam tiga hari setakat ini merupakan permulaan baik kepada Malaysia.

Menurut beliau, pencapaian empat pingat emas dan satu perak serta gangsa yang disumbangkan amat membanggakan.

“Tahniah kepada penerjun, Nur Dhabitah Sabri yang menghadiahkan emas pertama Malaysia disusuli Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying.

“Pingat perak disumbangkan oleh Kimberly Bong dan gangsa oleh Bertrand Rhodict,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menyifatkan kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan semangat juang setiap atlet untuk mengharumkan nama negara.

“Saya yakin dengan permulaan baik ini, kita mampu mencapai sasaran 36 pingat emas.

“Kepada atlet-atlet kita, teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Selamat maju jaya!,” jelas beliau.

Baca artikel berkaitan: Ng Yan Yee peroleh emas kedua peribadi, kelima Malaysia

Sukan terjun setakat ini telah berjaya menyapu lima daripada lapan emas yang dipertandingkan.

Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan kilauan emas pertama negara dalam acara 1 meter papan anjal wanita semalam diikuti gandingan Ooi Tze Liang-Chew Yi Wei bagi acara tiga meter papan anjal lelaki.

Tze Liang terus cemerlang dengan menyumbang emas ketiga negara bagi acara 1 meter papan anjal lelaki, sebelum Yan Yee-Ker Ying memperoleh emas seterusnya.

Yan Yee kemudian berjaya memperoleh emas peribadi keduanya dalam acara 3m papan anjal individu wanita, sebentar tadi.

Malaysia menyasarkan sebanyak 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa di temasya Sukan SEA Hanoi yang akan berakhir pada 23 Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sasaran 146 pingat itu ditetapkan berdasarkan prestasi semasa 584 atlet negara ke temasya berkenaan selepas berbincang dengan semua pemegang taruh yang terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram