Muhammad Al Muizz Almawardi dilaporkan hilang di Cheras sebelum ditemui di Kedah, pagi tadi.

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar mengerjakan solat subuh di Masjid Al Muqarrabin dekat Bandar Tasik Selatan, Cheras kira-kira pukul 5.45 pagi kelmarin.

Remaja itu, Muhammad Al Muizz Almawardi kali terakhir dilihat berpakaian kemeja lengan panjang, seluar hitam serta membawa beg galas berwarna coklat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah menerima laporan pada 6.56 pagi semalam.

“Sehingga kini Muhammad Al Muizz masih belum pulang ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bayi lelaki 11 bulan meninggal di rumah pengasuh

Sehubungan itu, Muhammad Idzam meminta saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Shahrizal Ishak Sawi di talian 019-3637813, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram