PENGACARA popular, Datuk AC Mizal menghadiahkan sebuah kereta berjenama Mercedes-Benz kepada anak lelakinya, Reeve Damien sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini mengucapkan selamat ulang tahun dan memberitahu dia dan isteri tetap menyayangi anak lelakinya itu .

“Selamat hari lahir yang ke-18 buat anakku Reeve Damien daripada mummy,daddy dan Fea Eryssa. Tidak kiralah berapa umur kamu, kamu akan sentiasa menjadi putera kami.

“Terima kasih kepada King Merc kerana menguruskan segalanya dan membuatkan anak saya gembira,” luahnya di ruang kapsyen.

Keterujuaan jelas kelihatan di wajah Reeve apabila melihat kejutan hadiah yang diberikan oleh kedua ibu bapa tercintanya itu.

Melihat ke ruangan komen, ramai yang turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Reeve dan tumpang gembira melihat keharmonian keluarga itu.

“Happy Birthday @reevedamien wohooo,” ucap pemilik akaun Irwan Rauf.

“Wow Hebatnya! Happy Birthday,” komen penyanyi Ifa Raziah.

“Alhamdulillah, murah lagi rezeki hendaknya,” tulis Fierra Exora.

“Waaaa alhamdulillah… good boy… nanti jaga mummy daddy ye,” luah pemilik akaun shieraijoy.

“Fuhh merc tu..hadiah paling berharga ni…jaga baik-baik ye @reevedamien jangan sakiti your parents and coming soon you take care of them ok bro… remember that ,” tulis iamromyirwanshah9977 di ruang komen.

Untuk rekod, AC dan anaknya Reeve telah mengeluarkan single terbaru mereka yang berjudul Mine pada bulan Disember tahun lalu.