Pegawai Kesihatan memberikan suntikan Vaksin kepada sebahagian kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid


SERAMAI 961,597 atau 27.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,569,286 kanak-kanak atau 44.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,899,554 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,997,051 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,049,816 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,969,639 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,245,044 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Hampir 950,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 28,466 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 9,672 dos pertama, 15,534 dos kedua dan 3,260 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,478,577. 

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak enam kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Selangor, Perlis, Kedah dan Johor. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram