SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya diselamatkan bomba selepas cuba membunuh diri di sebuah pasar raya dekat Seksyen 7, Shah Alam, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, punca remaja terbabit bertindak sedemikian kerana mengalami masalah kemurungan.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.04 petang.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Baca artikel berkaitan: Pemandu Myvi Putih PGT 124 buat aksi ‘gila’ di MRR2 diberkas polis

Bomba tiba di lokasi lapan minit kemudian dan mendapati remaja berada di tingkat lima bangunan pasar raya tersebut.

“Remaja berjaya dipujuk oleh pengawal keselamatan dan bomba kira-kira 30 minit sebelum diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan remaja itu pernah cuba mengelar diri sebelum ini dan menjalani rawatan akibat kemurungan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram