Sedapnya kerepek ubi sira gula ni. Sekali makan pasti nak nak lagi. Cara penyediaannya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
5 batang ubi kayu
350 gm gula pasir
300 ml air
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK
1.Ubi kayu dibersihkan kemudian dihiris sedikit kasar. Kemudian jemur ubi kayu hingga kering.
2.Selepas itu, barulah digoreng hingga garing atau kekuningan. Angkat dan tuskan minyaknya.
3.Di kuali lain, tuangkan air dan masukkan gula. Masak hingga gula larut dan mendidih, serta sedikit pekat dan bertali-tali.
4.Barulah boleh masukkan ubi kayu yang telah digoreng tadi dan sebatikan. Angkat dan sejukkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram