Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi pandan berempah ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN
1 kg beras basmati
1 liter air
200 ml susu cair
6 sudu besar minyak sapi
1 biji tomato | potong empat
1½ sudu besar garam
1 sudu besar stok ayam pekat
1 sudu besar gula
1 sudu besar lada sulah
1 liter air daun pandan

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
4 tangkai cili merah
1 batang serai
2 cawan daun pudina
2 cawan daun kari
250 gm rempah kurma

BAHAN HIRIS
1 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm halia tua
3 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN
1.Beras basmati dicuci dan tuskan airnya.
2.Masukkan air pandan dan susu cair di dalam periuk. Biarkan mendidih. Ketepikan.
3.Tumiskan bahan kisar dengan minyak sapi sehingga naik wangi.
4.Kemudian tuangkan ke dalam air pandan yang sedang mendidih tadi.
5.Masukkan jintan manis, gula, lada sulah, tomato, stok ayam dan sedikit garam. Biarkan mendidih seketika.
6.Kemudian masukkan bahan hiris dan masukkan nasi. Tanak nasi sehingga masak.
7.Apabila nasi sudah masak, hiaskan mengikut kreativiti anda.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram