PASANGAN selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sepakat memilih nama Salama Samheizy untuk cahaya mata ketiganya.

Malah, Sam turut mendedahkan wajah anak bongsunya itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

Bayi perempuan seberat 3.05 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN : Syatilla Melvin selamat bersalin anak ketiga, Shaheizy Sam kongsi momen istimewa

“Assalamualaikum, Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam di sini.

“Semoga yang baik-baik sahaja wahai duniaku. Saya akan menjadi sahabat baikmu,” tulis Sam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Sam memuji kecomelan Salama dan mendoakan bayi itu menjadi sihat serta menjadi penyejuk hati buat ibu bapanya.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,5, dan Sarima Samhiezy yang berusia dua tahun.