Penghijrahan bukanlah sesuatu yang sukar, sekelip mata seseorang mampu berubah. Namun yang menjadi cabaran adalah bagaimana mahu meneruskan istiqamah saat pelbagai ujian melanda hidup.

Bukan sahaja musibah, namun nikmat kecantikan dan kekayaan mampu menguji keimanan sehingga kadang kala terbatal istiqamah sehingga kembali kepada cara hidup lama.

“TERLUCUT PAKAIANNYA

“Myself dah turun 10 kg. Dah boleh sarung balik my kebaya.”

Beritahu wanita anggun itu. Usianya separuh abad seusia saya.

“Bila dah kurus ni … ramai orang ingat my daughter tu my sister.”

Dia tertawa. Gayanya juga tampil berbeza. Yakin .. kembali menyarung seluar denim ketat sendat sambil berposing. Gaya anak remaja.

Walhal .. dulunya dia pernah menangis tersedu berhiba-hiba bila Allah ar-Rahman menjemput menjadi tetamuNya bagi menunaikan rukun Islam ke lima.

Berjanji mahu pertahankan agar Allah mengurniakan haji yang mabrur.

“Bukankah Rasulullah SAW bersabda jihad bagi wanita adalah mempertahankan kemabruran hajinya?”

Hari ini … pakaian longgarnya sudah tiada.

Duhai kawan seusia umurku ..

Bertahanlah. Berjihadlah …

Usah biarkan syaitan melucutkan pakaian mu satu persatu. Syaitan itu musuh utama manusia.

Pertama .. dicabutnya rasa malu kamu di hadapan khalayak.

Kedua … ditiupkan perasaan mahu pamerkan kecantikan dirimu buat peragaan ditengah khalayak.

Ketiga … ditutup telinga agar kamu tidak perlu mendengar bisikan iman.

Akhirnya … dilucutnya pakaian iman agar kamu dibiarkan bertelanjang tanpa rasa segan.

Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramai rakan-rakan berusia berpatah balik ke belakang.

Walhal rumahnya sudah kata pergi. Kuburnya melambai setiap hari.

Allah ya Allah … lindungi kami serta zuriat keturunan kami dari mendengar bisikan syaitan yang di laknat Tuhan pencipta alam.

Mudah-mudahan kami semua serta mereka yang terlalai sempat bertaubat sebelum mati.

Terjemahan Surah Al-A’raaf. Ayat 027 bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.

Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Nota pasca haji – Muhd Kamil Ibrahim

#RozaRoslan #alquran #membaca #reading #fashionstyle #fashiondesigner  #hijabfashion #hijabstyle”

Sumber : Raudzah Roslan