Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pada Debat Perdana di MATIC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

DEBAT Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung lancar pada majlis yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen tempatan.

Program debat selama lebih sejam itu bertempat di Auditorium Kompleks Penerangan Pelancongan (MATIC) di ibu negara.

Debat Perdana tersebut melibatkan tiga bahagian iaitu isu Sapura Energy Berhad (SEB); masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara; sebelum disusuli dengan sesi soal jawab.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Debat Perdana di MATIC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Meski pun berpeluang membawa penyokong masing-masing, namun program anjuran beberapa syarikat media itu berlangsung secara senyap – tiada sorakan dan tepukan bagi memastikan kelancaran majlis.

Cuma sesekali ada yang secara spontan menepuk, ketawa dan seumpamanya sebagai respons kepada hujah kedua-dua pemimpin yang suatu masa dahulu pernah bersama-sama berada dalam kerajaan.

Berhubung isu utama iaitu Sapura Energy, Anwar berulang kali menegaskan forensik audit perlu dilakukan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Debat Perdana di MATIC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut Ketua Pembangkang itu, masalah yang dialami syarikat Sapura Energy adalah bersifat ‘simptomatik’ selepas ia mula dikesan pada 2016.

Jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, masalah yang berlaku dalam Sapura Energy tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan untuk menanganinya.

Presiden PKR itu juga pada masa sama mengingatkan jika soal integriti tidak ditangani, tidak mustahil isu seperti ini akan berulang lagi pada masa depan.

Sementara itu, Najib pula menegaskan yang Sapura Energy melibatkan kepentingan pelbagai pihak termasuk rakyat teramai kerana syarikat itu milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Katanya, syarikat itu boleh diselamatkan tanpa melibatkan wang kerajaan andai Petronas dibenar menguasai Sapura Energy.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Sapura Energy sangat strategik kepada negara yang memerlukan syarikat flagship seperti mana Hyundai dan Samsung bagi Korea Selatan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pada Debat Perdana di MATIC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Lagi pula kata Najib, Petronas boleh membuat keuntungan dengan menjual saham Sapura Energy apabila syarikat itu pulih kelak.

Kata Ahli Parlimen Pekan, ini seperti mana keuntungan puluhan bilion dolar yang diraih kerajaan Amerika Syarikat menerusi bail out AIG.

Najib juga bersetuju andai wujud salah laku, maka siasatan harus mengambil tempat dan pelaku diambil tindakan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pada Debat Perdana di MATIC, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam topik berikutnya, kedua pemimpin yang sudah berada dalam arena politik negara sejak kira-kira 40 tahun lalu dilihat banyak mengulangi idea dan falsafah mereka yang sudah diketahui umum.

Sesekali Najib menyindir era Pakatan Harapan (PH) memerintah yang kemudian dibalas balik oleh Anwar sebagai tetap lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN).

Antaranya, Anwar membandingkan harga ayam sekarang – sedangkan harga ayam di seluruh dunia mengalami kenaikan akibat peningkatan kos pengangkutan dan makanan yang jelas tiada kaitan sama ada PH mahu pun BN.

Baca: Harga siling ayam RM8.90 – PM

Kerajaan beri subsidi ayam 60 sen, telur 5 sen

Malah bagi mengekang peningkatan, kerajaan sekarang menyalurkan subsidi besar agar ayam dapat dijual pada harga maksimum RM8.90 sekilo.