Setiap kali raya mesti lemang atau ketupat yang dijamu setiap kali rumah terbuka diadakan. Apa kata tahun ini Hari Raya kita cuba hidangkan tetamu dengan sesuatu yang unik seperti spageti daging rendang ini.

BAHAN-BAHAN
500 gm daging kisar
6 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
1 batang serai | kisar halus
1/3 cm halia | kisar halus
3/4 cm lengkuas | kisar halus
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk rempah rendang
125 ml santan
1 keping asam keping
1 sudu besar gula melaka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kerisek
2 helai daun limau purut | hiris halus
1 helai daun kunyit | hiris halus
500 gm spageti | rebus hingga lembut

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili hingga garing.
2.Masukkan serbuk rempah rendang dan daging. Kacau sebentar.
3.Masukkan santan, asam keping, gula, garam dan kerisek. Masak hingga empuk.
4.Taburkan setengah dari daun limau purut dan kunyit.
5.Letakkan spageti rebus di dalam pinggan, curahkan sedikit rendang diatasnya.
6.Taburkan lebihan daun dan hidangkan.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram