Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis, warna dan rasa kuih talam. Kali ini Saji kongsikan resipi talam mentega kacang yang sedap dan lazat. Jom tengok bahan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menghasilkan juadah ini.

BAHAN A
150 gm tepung beras
150 gm tepung ubi
300 ml santan pekat
300 ml air
1/2 sudu kecil garam

BAHAN B
200 gm gula kaster
150 gm santan pekat
200 ml air
1 helai daun pandan

BAHAN C
Pewarna hijau epal, perasa pandan dan pewarna oren

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masak bahan B hingga mendidih dan satukan dengan bahan A. Tapis dan bahagikan kepada lima bahagian.
2.Lapisan pertama (putih), kedua (hijau), ketiga (putih), keempat (pewarna oren) dan kelima (hijau terang sedikit).
3.Kukus setiap lapisan selama tujuh minit dan lapisan akhir selama 15 minit.

Pesan Saji: Setiap lapisan talam hendaklah dicakar dengan garpu pada bahagian atas, supaya lapisan kedua dan seterusnya akan melekat dan tidak tertanggal apabila dipotong.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram