Sulaiman keluar kenyataan, “Saya masih Ketua Menteri Melaka”

Dari Penulis

“SAYA masih Ketua Menteri Melaka,” kata Datuk Seri Sulaiman Md Ali menepis spekulasi mengenai peletakan jawatannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu menegaskan, dakwaan terbabit tidak benar serta berniat mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri.

Sulaiman dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), November tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk kepemimpinan (parti dan negara).

“Saya menafikan dakwaan bahawa saya sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka, ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas PRN Melaka ke-15,” katanya.

Tegas Sulaiman, isu jawatan Ketua Menteri tidak sepatutnya timbul terutama ketika UMNO dan BN sedang memberi fokus bagi memperkukuhkan usaha serta tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Baca: Sulaiman selesai angkat sumpah Ketua Menteri awal pagi tadi

“Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya menyeru supaya kita semua muhasabah demi menguatkan parti dan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memenangi PRU-15 akan datang.

“Kita mempunyai agenda yang lebih besar dan utama daripada bermain politik seperti ini,” jelasnya.

Sulaiman pada masa sama menegaskan yang beliau ‘orang parti.

“Dan sebagai orang parti kita dituntut mematuhi keputusan yang sudah dibuat oleh parti,” tegas beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Sejak minggu lalu, desas-desus bertiup kencang mengenai peralihan teraju negeri Melaka.

Ini selepas terdapat dakwaan mengatakan Sulaiman kemungkinan hilang sokongan majoriti di DUN Melaka dan susulan itu beliau dikatakan kononnya dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan Ketua Menteri.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan UMNO Melaka empat hari lalu menafikan desas-desus tersebut.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Sulaiman akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, Sulaiman dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan beliau kini berada di Bosnia Hezregovina atas urusan rasmi iaitu mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022

Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This