Janin cukup sifat yang ditemui dalam mangkuk tandas dekat stesyen minyak Danau Kota. GAMBAR: POLIS.

SEORANG wanita ditangkap polis tengah malam semalam selepas disyaki terbabit dalam kes membuang janin di dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota Setapak.

Rahsia wanita itu terbongkar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Azizah akibat mengalami pendarahan serius.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, turut ditahan bersama wanita berusia 27 tahun itu adalah seorang lelaki yang dipercayai turut sama terlibat dalam kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 12.15 tengah malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Janin cukup sifat dibuang di dalam tandas stesen minyak

Suspek masing-masing berusia 27 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembuangan janin di stesen minyak dekat Danau Kota,Setapak. GAMBAR: POLIS.

Ashari berkata, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tiga hari dan kes di siasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

UtusanTV semalam melaporkan, janin bayi dianggar berusia enam hingga lapan bulan yang cukup sifat telah ditemui dibuang di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak.

Mayat janin itu ditemui kira-kira pukul 4.57 petang.

Ashari berkata, saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram