GARA-gara memuat naik video di Instagram dengan penampilan yang seksi, pelakon Emma Maembong dihambat kontroversi panas.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail hanya memakai singlet putih ketat dan berseluar merah yang dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Malah, menerusi ruangan komen, netizen mula membuat perbandingan dengan penampilannya yang sebelum ini berhijab dan menutup aurat.

“Dari bertudung sampai jadi macam ini. Allahuakbar! Simpanlah aurat mu Emma. Ambillah iktibar sedikit daripada Covid-19 ini.

“Semoga mendapat hidayah secepat mungkin. Allah dan kuniakan anak yang comel dan bijak, tak reti nak bersyukur ke Emma.

“Allah maha baik Emma, kita manusia yang masih lalai,” tulis pengguna Instagram @mia_syaa.

Difahamkan, Emma kini sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Emma kembali berhijab dan tidak berpakaian mencolok mata sehingga boleh mendatangkan fitnah.

“Cantik tapi suka Emma yang dulu-dulu,” kata @emahkemay.

“Kenapa jadi macam ini, sedih tengok. Dulu elok dah berhijab,” tulis @suhailah80.

“Mana Emma yang dulu?,” ujar @henry_aiman97.

“Alaa Emma, semoga dapat hidayah. Rindu Emma yang bertudung dulu,” komen @ashuzia.

Ini bukanlah pertama kali ibu kepada Shariq Gabriel dihambat dengan kontroversi berkaitan penampilannya yang terlalu mendedahkan aurat.