Tangkap layar rakaman pemandu Honda HR-V memandu di lorong motosikal.

SEORANG pemandu Honda HR-V ditunjuk jalan keluar oleh anggota trafik selepas bertindak memandu menggunakan lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata,dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa lalu di Kilometer 32.

Katanya, seorang anggota polis trafik yang berada di lokasi telah menunjuk arah kepada pemandu yang sedang menghala ke Shah Alam untuk keluar dari lorong motosikal.

“Kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Samseng Myvi PGT 124 turut miliki tiga motosikal curi

Malah, pihaknya telah menerima laporan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Petaling Jaya pada pukul 7.57 petang tadi.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ku Mashariman meminta pemandu dan saksi yang berada di lokasi kejadian untuk tampil ke balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rozila Hussin Ibrahim di talian 016-2679025 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram