Resipi kerabu tauge belacan ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN
200 gm tauge
1 batang lobak merah | sagat halus
3 ulas bawang merah | hiris
7 tangkai cili padi | hiris
2 cm belacan | bakar
Sedikit udang kering | rendam
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar air perahan lemon
1 genggam kelapa parut segar
1 genggam daun ketumbar | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1.Tauge dan lobak merah hendaklah dicelur terlebih dahulu. Kemudian tuskan airnya. Ketepikan dulu.
2.Hiris halus bawang merah dan cili padi.
3.Tumbuk sehingga lumat udang kering, belacan dan lada hitam.
4.Gaulkan bahan yang ditumbuk bersama taugez, lobak merah, kelapa parut dan daun ketumbar.
5.Akhir sekali masukkan air perahan lemon, garam dan gula. Gaul mesra dan sedia dinikmati.

Resipi: Brian Chen

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram