USAHAWAN Datuk Seri Vida memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada petang tadi, berhubung isu video muzik (MV) Muah Muah Raya nyanyiannya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Vida memberi kerjasama yang baik selama hampir empat jam keberadaannya di sana.

“Setelah hampir empat jam…mereka tanya bagai-bagai. Saya buat sebagai hiburan saja…tak ada maksud apa-apa pun.

“Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik tu buang. Takkan tu tak boleh fikirkan,” kata Vida menerusi video terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Aliff, Vida pula disiasat SKMM – dakwaan video promosi LGBT

Tambah Vida, fokus utamanya hanya mahu menghiburkan pendengar dengan mengundang penari menjadi sebahagian daripada MV Muah Muah Raya.

“Saya perlukan menari tak meriah kalau tak ada penari. Penari dah datang macam tu, saya nak buat macam mana.

“Ada juga yang saya menari sendiri. Tapi nak buat macam mana, saya jadikan pengajaran…ambil yang baik sajalah. What past is past,” katanya.

Vida disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.