PELAKON dan penyanyi Bella Istillah berkongsi tips buat mereka di luar sana yang ingin mencari pasangan hidup berdasarkan pengalamannya mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Aliff Aziz.

Melalui perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, dalam mencari pasangan hidup mereka perlu melihat dari sudut peribadi dan personaliti bukan kecantikan atau ketampanan semata-mata.

Menurutnya lagi, sehingga akhirnya sesebuah hubungan mereka perlu hidup dengan karakter dan bukanlah paras rupa.

“Anda mungkin jatuh cinta dengan seseorang kerana kecantikkannya.

“Tapi ingatlah, kerana pada akhirnya anda akan hidup bersama karakternya bukan kecantikannya,” luah Bella di ruangan kapsyen.

Netizen turut kagum dan setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon manis itu dalam ruangan komen kongsian tersebut.

“Cantik ayat-ayatnya.

“Sangat tepat.

“Aura positif.

“So cantik, love, love, love.

“Masya-Allah cantik, Semoga Allah permudahkan urusan kita,” tulis para pengikutnya di ruangan komen.

Sebelum ini, Aliff yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi pernah dilaporkan curang sehingga pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 2019.

Beberapa bulan setelah itu mereka kembali rujuk dan berkat kesabaran yang ditunjukkan oleh Bella hubungan mereka kini semakin bahagia di samping anak-anak sebagai penyeri rumah tangga pasangan itu.

Untuk rekod, Bella, 28 dan Aliff, 31 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.