Sedapnya kupang tumis daun kesum ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang mudah dan sedap ini.  Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN-BAHAN
350 gm isi kupang
3 tangkai daun kesum | hiris
5 sudu besar tomato puri
3 sudu besar cili kering | kisar
1 labu bawang besar | hiris
3 cm halia | cincang
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang hingga kuning.
2.Masukkan tomato puri dan cili kisar, dan tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan gula dan garam serta isi kupang. Akhir sekali masukkan daun kesum.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram