Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi sardin gulung rangup yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN PUDING:
1 buku roti putih
Serbuk roti kuning secukupnya
1 biji putih telur

INTI SARDIN:
1 tin besar sardin(hancurkan)
3 labu bawang besar (dadu)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jus limau
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis cili kisar, bawang, sardin, serbuk lada hitam, garam, gula dan jus limau sehingga masak dan kering airnya.
2.Ambil sekeping roti, letakkan inti sardin dan gulung kemas.
3.Celupkan roti yang telah digulung tadi dengan putih telur dan golekkan dengan serbuk roti.
4.Goreng sehingga kekuningan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram