Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. - Gambar Bernama

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berharap petani dan nelayan tidak lagi terlalu bergantung kepada bantuan subsidi yang diberi oleh kerajaan.

Menurut Rundi, petani dan nelayan sepatutnya mengambil inisiatif lain untuk lebih berdikari dan mengubah mentaliti terlalu mengharapkan subsidi semata-mata.

Menurut beliau, bantuan subsidi lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru hendak memulakan kerjaya sebagai petani atau nelayan.

“Sampai bila mereka perlu diberikan subsidi, mereka akan selamanya bergantung kepada bantuan. 

“Pada mulanya memang saya berpendapat kita perlu beri bantuan tetapi ia tidak boleh selamanya sama ada anda petani atau nelayan,” katanya memetika laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Rundi berkata, beliau faham berkenaan isu nelayan tidak dapat turun ke laut selama beberapa bulan ketika musim tengkujuh.

Begitupun, katanya, golongan nelayan perlu mengambil inisiatif lain untuk menambah pendapatan mereka sendiri ketika tidak dapat turun ke laut pada tempoh waktu tersebut.

“(Sekiranya bantuan ingin diberikan), Kita perlu mencari kaedah bagaimana kita dapat lakukan bantuan ini secara efektif dan lebih lestari,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram