Grace Wong Xiu Mei hadiahkan emas ke-12 Malaysia menerusi acara baling tukul besi wanita. - Gambar Facebook Olympic Council of Malaysia.

MALAYSIA menambah dua lagi pingat emas menerusi acara tukul besi lelaki lelaki dan wanita dalam Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh hari ini.

Pingat emas itu disumbang Jackie Wong dan Grace Wong yang mudah menewaskan lawan masing-masing.

Grace memulakan saingan dengan melakukan lontaran sejauh 57.13 meter (m) untuk memenangi emas pertamanya dalam kejohanan tersebut.

Momentum kecemerlangan Grace disusuli Jackie yang membawa kegemberiaan emas buat kem olahraga negara.

Selain itu, Malaysia turut meraih pingat gangsa bagi acara lelaki menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram