Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perdana Menteri berkata, perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang. 

Menurut beliau, semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

“Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia.

“Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.